tag:blogger.com,1999:blog-42358798483137909012024-03-14T01:34:41.701+08:00Selimut Hitam~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-13955649531815724612012-04-18T22:39:00.001+08:002012-04-18T22:39:45.107+08:00New Post after 1 yearAssalammualaikum...waduh...sudah setaun ngak post di blog ini...aush...nanti eden carik bahan yo...~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-71410361899961537032011-01-23T08:46:00.000+08:002011-01-23T08:46:08.777+08:00Surat Kepada Dato Seri Najib Tun Razak..Dari Seorang Remaja...Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

kredit to : www.nusanaga.blogspot.com~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-7683387140146438032010-12-22T21:58:00.001+08:002010-12-22T21:59:45.872+08:00Bertudung Tapi Telanjang..

Pakai tudung tapi bertelanjang

Itulah gaya orang sekarang

Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang

Yang mana kendur Yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang

Peha gebu saja ditayang

Lebih baik tak pakai baju senang

Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat

Pakai tudung just ikat-ikat

Dari mula memang bukan adat

Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis

Pakai sikit boleh nampak ‘garis’

Mata orang terbeliak, kita membengis

Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung

Jeans ketat melekat dipunggung

Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung

Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah

Kalau takat rambut orang kurang ghairah

Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah

Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah

Ikat tudung macam tak sudah

Nak ikut suruhan agama memang tak mudah

Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung

Sampai tak nampak muka dan hidung

Yang faham tuntutan amat beruntung

Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung

Cubalah sesuaikan apa yang disarung

Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’

Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan

Ianya lebih kepada keinsafan

Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan

Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan

Kalau dianggap susah, tu sebab bosan

Yang ye nya hati tak berkenan

Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat

Kepada agama kita taat

Hidup berkat pahala berlipat-lipat

Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat

Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat

Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat

Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej

Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis

Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis

Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju

Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju

Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’

Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung

Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung

No more pant suit, kebaya or kebarung

Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna

Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa

Pun tak usahlah juga terlebih gaya

Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya

Fesyen busana muslimah yang paling kena

Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je

Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua

Kalau sendiri memandang muka pun layu je

Orang dok mengata, kita pun rasa terhina

Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna

Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita

Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler

Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat

Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad

Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat

Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah

Peduli kata orang bukan dia yang susah payah

Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah

Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula

Pakaian kita yang bagaimana gayanya

Andai belum betul-betul bersedia

Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah

Lakukan yang betul mengikut sunnah

Menutup aurat jangan sekali dirasa payah

Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas

Diwajah Nur terpancar jelas

Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’

Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang

Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan

Berpantun seloka bukan setakat hiburan

Yang mana betul jadikan pedoman.

Credit to : www.bestweh.org~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-3243062682481269752010-10-04T22:37:00.000+08:002010-10-04T22:37:53.139+08:00PERINGATAN...!!!! ANDA SUKA MENARI POCO POCO ?بسم الله الرحمن الرحيم

GAMBAR SEBAGAI HIASAN...TIADA KAIT MENGAIT HIDUP ATAU MATI...

Poco-poco yg tersirat.....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar..Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM....~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-82080237905909290742010-09-30T22:28:00.003+08:002010-09-30T22:54:06.547+08:00Golongan Yang Bersolat..Anda Golongan Yang Mana??Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang

tak sembahyang, bahkan

ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik

kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.

Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga)

kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir

sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,

main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun

secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang

sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan

berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada

Allah Taala.

Golongan 3.

Orang yang mengerjakan

sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,

tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia

yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang,

sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia

sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada

program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir,

letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini

jatuh fasik.

Golongan 4.

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat,

fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa

satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak

faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu

sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu

disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main

hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia

dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam

sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka

wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima

waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang,

fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak

dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih

melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana

faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini

dikategorikan sebagai sembahyang

awamul muslimin.

Golongan 6.

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima

tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,

sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula.

Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,

teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya.

Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan

sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta

fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan

bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga

selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi

begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah

golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah

(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki

semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan

jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar

dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah,

mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan

dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu.

Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa

apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat

ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap

lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya

tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya

sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau

yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak

mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki

harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas

keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun

tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat

memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini

disebut orang-orang soleh / golongan abrar /

ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia

mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham,

dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,

malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan

sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan

fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya

pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya

dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat

langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun

ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan

terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam

sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan

Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari

seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah

sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia

dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia

bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin

sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia

telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah

menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan

didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali

ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya,

ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang

itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan

sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,

sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan

tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak

mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya

langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi

disekelilingnya langsung tak diambil peduli.

Hatinyahanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang

disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan

haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang

itu tadi, maka dapatlah kita nilai

sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah

sembahyang yang boleh membangunkan jiwa,

membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh

mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,

melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang

agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.

Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang

lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita

? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.

Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan

ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat /

sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita

agar segera dapat bantuan dari Allah, agar

terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali

daulah Islam.

Sumber : www.bestweh.org~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235879848313790901.post-1459190258489265402010-09-30T22:27:00.006+08:002010-09-30T22:54:28.071+08:00Penampakan Tanduk Iblis Di Waktu Senja

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "

Penerangan : Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib

Kewajiban Menjaga Waktu Solat

Sembahyang fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan atau dicuaikan. Oleh kerana itu, kita hendaklah melaksanakan ibadat sembahyang dengan baik dan sempurna, termasuklah dalam menjaga waktu sembahyang. Menunaikan sembahyang fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu walaupun sembahyang Isya’, menurut pendapat yang muktamad.

Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :

Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya”

(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan awal waktu itu, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :

Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ? Sabda Baginda : Sembahyang pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad pada jalan Allah”

(Hadits riwayat Muslim)

Keburukan Melengah-lengahkan Solat

Itulah fadilat dan kelebihan bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang pada awal waktu, akan tetapi bagaimana pula hukumnya bagi orang yang melambat-lambatkan sembahyang ? Hukum Melambat-lambatkan Sembahyang Harus menangguhkan sembahyang fardhu dari awal waktunya, akan tetapi wajib berazam untuk menunaikan sembahyang itu di dalam waktunya. Walaupun harus menangguhkan sembahyang itu setelah berazam, akan tetapi haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang.

Hal ini disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Orang-orang yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Sembahyang itupun berkata : “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (memperelokkan kelakuan sembahyang itu)” Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.

(Hadis riwayat Al-Thabarani)

Sumber dari : www.bestweh.org~kUcAi~http://www.blogger.com/profile/01434157286813824248noreply@blogger.com0